Lokasi Kawan Adiq

Anda pelawat ke

Adiq Photo's Collection


.

All PICTURE COLLECTION

>>WANT LOOKING ANY PICTURE<<

-Link to My Picture Gellery-


Wednesday, May 30, 2007

Tarikh

Kumpulan 1
1hb, 10hb, 19hb, 28hb

- Sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin dan berterus terang
- Cemburu dalam pertandingan, baik hati, peramah dan bersikap menguasai
- Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan
- Seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tak pernah berada di bawah pimpinan org lain
- Bercinta dalam usia yang muda dan berkahwin pada usia yang matang
- Tidak suka pada orang yang bertentangan pendapat dengan anda
- Menyimpan dendam pada orang yang bersalah pada anda
- Kuat berbelanja
- Anda adalah profesional dalam kerjaya yang diceburi namun ada pihak yang berkecil hati dengan pencapaian anda
- Mempunyai keluarga yang bahagia
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 2
2hb, 11hb, 20hb, 29hb

- Anda disukai oleh orang ramai
- Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup
- Seorang yang sukar diramal kerana membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan
- Pentingkan diri sendiri tetap mempunyai bakat dalam melukis, seni dan komunikasi lisan
- Bersikap seperti bulan yang mendatang keredupan dan pudar, menjadikan semua orang boleh mengetahui perubahan anda
- Cinta pada keamanan
- Bertanggungjawab dalam keluarga
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 3
3hb, 12hb, 21hb, 30hb

- Seorang yang berhati keras dan pentingkan diri sendiri, kuat agama, suka mempertingkatkan kehidupan sendiri
- Pandai bercakap, wajah yang menarik
- Mempunyai pelbagai masalah tapi dapat mengharungi dengan kesabaran
- Perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan
- Menghormati orang yang lebih tua
- Sukar untuk menjalinkan hubungan samada dalam percintaan, kekeluargaan dan persahabatan
- Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan
- Suka kebebasan, pembawa harapan, kegembiraan dan keceriaan
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 4
4hb, 13hb, 22hb, 31hb

- Amat degil dan rajin
- Mungkin orang lain akan menjauhkan diri kerana kata-kata anda
- Seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain
- Berbakat dalam penyelidikan dan seni
- Suka membantu ahli keluarga dan rakan-rakan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang
- Harus berhati-hati dengan orang sekeliling kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda
- Kawan-kawan akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan menjauhkan diri apabila anda sudah tiada nilai bagi mereka
- Seorang yang sabar dan tegas
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 5
5hb, 14hb, 23hb

- Sangat popular dalam komuniti
- Boleh menyelesaikan sesuatu perkara secara lisan
- Mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan namun terlalu terburu-buru
- Seorang yang kelakar
- Tidak setia dalam hubungan percintaan
- Suka perubahan dan kebebasan
- Mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata
- Mempelajari hidup melalui pengalaman
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 6
6hb, 15hb, 24hb

- Dilahirkan untuk menikmati hidup
- Tidak peduli apa-apa perkara tetap ingin berseronok dalam hidup
- Sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan
- Bijak, baik hati dan mempunyai paras rupa yang menarik
- Semua benda yang baik akan datang kepada anda
- Mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan
- Seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 7
7hb, 16hb, 25hb

- Mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja
- Seorang yang realistik dan yakin
- Seorang yang yang lebih cenderung dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian
- Panas baran
- Banyak berkorban untuk keluarga dan meletakkan keluarga di tahap yang tinggi hingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan diri sendiri
- Dilahirkan untuk memberi sumbangan pada dunia ini
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 8
8hb, 17hb, 26hb

- Personaliti yang sangat kuat dan menarik
- Kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu benda
- Mengalami pelbagai dugaan dalam hidup tapi ini menjadikan anda lebih kuat dan tabah
- Memperjuangkan keadilan
- Kebanyakkan masa dihabiskan dengan kawan-kawan
- Berdisiplin dan tidak putus-asa serta berani
- Seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 9
9hb. 18hb, 27hb

- Sangat tabah dari segi mental dan fizikal
- Mempunyai penilaian yang sangat tajam
- Seorang yang dihormati dalam komuniti
- Seorang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan
- Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu-bapa tapi apabila usia meningkat anda seorang anak yang taat dan menghormati orang tua
- Sesuai menceburi bidang kejuruteraan dan “banking” kerana orang lain yakin dan percaya pada anda
- Model teladan pada orang lain

No comments: