Lokasi Kawan Adiq

Anda pelawat ke

Adiq Photo's Collection


.

All PICTURE COLLECTION

>>WANT LOOKING ANY PICTURE<<

-Link to My Picture Gellery-


Thursday, May 31, 2007

KISAH POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut
begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di
sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang
gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan
pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali
lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang
pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat
rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua
itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR SEJENAK
TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.

SEBENARNYA, POKOK
EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA
KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN
HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN
APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA
DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.

HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI
MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.

SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA KITA SEMUA..

FIKIRKANLAH SAHABAT SAHABATKU....

Rayuan Lina Joy ditolak

Oleh Munira Yusoff dan Azrina Ahzan

Kuasa mutlak tangani isu perundangan Islam hak Mahkamah Syariah



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan Azlina Jailani atau Lina Joy untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya, sekali gus mengakhiri isu pertindihan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah dalam hal berkaitan Islam.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (gambar), dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif, menolak rayuan itu, manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan permohonan.

Ahmad Fairuz ketika membacakan penghakiman setebal 42 halaman berkata, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mutlak dalam menangani sebarang isu mengenai perundangan Islam.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), katanya, berhak untuk memerintahkan Azlina atau nama Kristiannya, Lina Joy, 42, mendapatkan suatu perakuan murtad dari Mahkamah Syariah sebelum ia boleh menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

“Pada peringkat ini, wajar bagi saya untuk menyatakan bahawa apa yang JPN mahu ialah suatu perakuan daripada seseorang yang mempunyai kuasa untuk membuatnya (Mahkamah Syariah) dan jika JPN bertindak mengikut perakuan itu, maka JPN bebas daripada sebarang kesilapan atau disalahkan oleh awam dalam perkara yang begitu mustahak dan penting ini.

“Oleh yang demikian, adalah munasabah bagi JPN mengenakan syarat itu kerana perkara murtad ini adalah suatu persoalan berkaitan dengan undang-undang Islam,” katanya.

Keputusan itu mengakhiri usaha sembilan tahun Lina, wanita Melayu yang mengaku murtad sejak 1998, untuk mendapatkan perintah supaya JPN menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya. Lina memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi apabila permohonannya untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya ditolak oleh JPN pada 1999.

Mahkamah Tinggi pada 23 April 2001 menolak permohonannya dan memutuskan bidang kuasa itu terletak pada Mahkamah Syariah mengikut peruntukan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Lina membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ia turut ditolak pada 19 September 2006.

Lina kemudian merayu kepada Mahkamah Persekutuan berdasarkan isu sama ada Ketua Pengarah JPN boleh meminta dokumen daripada Mahkamah Syariah bagi membuktikannya murtad; serta sama ada JPN mentafsirkan kuasanya dengan betul mengikut Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPN) apabila mengarahkan dokumen berkenaan dikemukakan.

Dia menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ketua Pengarah JPN dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Ahmad Fairuz mula membacakan penghakimannya pada jam 10.40 pagi dan mahkamah selesai mendengar penghakiman Hakim Malanjum dan Hakim Alauddin pada 12 tengah hari. Mahkamah penuh sesak dengan peguam, wartawan dan orang awam sejak 8.30 pagi selepas pintu mahkamah dibuka.

Ketua Hakim Negara berkata, tindakan JPN dan Ketua Pengarahnya meminta dokumen sahih bagi membuktikan Lina seorang Kristian, sebagai syarat meluluskan permohonannya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ itu adalah munasabah.

“Syarat itu tidak melampau, malah munasabah kerana perkara murtad berkait dengan Islam dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan isu perundangan syariah. Jika seseorang menganut Islam, sudah tentu dia akan mengikuti undang-undang Islam yang menetapkan cara masuk dan keluar Islam.

“Justeru, saya tidak nampak bagaimana tindakan itu boleh dikatakan bertentangan dengan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang dengan sendirinya memperuntukkan keperluan mematuhi kehendak agama (termasuk murtad).

“Menganuti dan mengamalkan agama Islam sudah tentu bererti mengamalkan bukan saja aspek teologi agama itu, tetapi juga undang-undangnya,” katanya.

Beliau menegaskan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama, tidak boleh ditafsirkan secara terlalu meluas sehingga membatalkan semua undang-undang berhubung amalan seorang Islam.

“Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berlainan daripada kedudukan agama lain, kerana hanya Islam disebut sebagai agama Persekutuan dalam Perkara 3(1),” katanya.

Ahmad Fairuz berkata, Perlembagaan juga memberi kuasa kepada badan perundangan negeri untuk mengkanunkan hukum syarak dalam pelbagai enakmen dan ia bererti enakmen berkenaan sah serta tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

Bagaimanapun, Malanjum yang memberi penghakiman menentang, menyifatkan tindakan JPN sebagai ultra vires (bertindak di luar had kuasa) kerana peruntukan Peraturan Pendaftaran Negara tidak mewajibkan sebarang perisytiharan atau sijil seperti diminta daripada Lina.

“JPN tidak mempunyai kuasa untuk membuat penambahan syarat dalam permohonan seperti yang dikemukakan perayu, atau untuk menentukan sama ada perayu benar-benar murtad atau tidak.

“Perkara itu hanya boleh ditentukan badan keagamaan yang relevan. Berikutan itu, saya mendapati JPN mengambil kira perkara yang tidak relevan ketika menolak permohonan perayu,” katanya.

Peguam Lina, Datuk Cyrus Das, berkata pihaknya mempertimbangkan sama ada memohon semakan semula keputusan itu, di hadapan panel Mahkamah Persekutuan lain.

Peguam, Sulaiman Abdullah mewakili MAIWP, manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi mewakili Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah JPN.

Turut hadir, peguam pemerhati pelbagai organisasi termasuk Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Majlis Peguam dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Wednesday, May 30, 2007

Please Read

----------------------------------
Original message from nurrul izza:
>
> ----------------------------------
> Original message from che Q:
> >
> > ----------------------------------
> > Original message from chEEsE:
> > >
> > > ----------------------------------
> > > Original message from che Q:
> > > >
> > > > ----------------------------------
> > > > Original message from MuRNi:
> > > > >
> > > > > ----------------------------------
> > > > > Original message from edah:
> > > > > >
> > > > > > ----------------------------------
> > > > > > Original message from sha:
> > > > > > >
> > > > > > > ----------------------------------
> > > > > > > Original message from cjay:
> > > > > > > >
> > > > > > > > ----------------------------------
> > > > > > > > Original message from NUR:
> > > > > > > > >
> > > > > > > > > ----------------------------------
> > > > > > > > > Original message from nUr:
> > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > ----------------------------------
> > > > > > > > > > Original message from cici:
> > > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > > ----------------------------------
> > > > > > > > > > > Original message from Asma:
> > > > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > > > ----------------------------------
> > > > > > > > > > > > Original message from JaNNaH:
> > > > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > > > satu berita hangat untuk semua.... sila baca ye... Linda Joy yg pasti dilaknat Allah s.w.t....
> > > > > > > > > > > > Message: Lupakan
> > > > > > > > > > > > AF, Mentor, Explorace,etc...For now,
> > > > > > > > > > > > please focus on this. Try to contribute in whatever options
> > > > > > > > > > > > you have.Sebarkan pada rakan
> > > > > > > > > > > > muslim kita....
> > > > > > > > > > > > Peguam Kes Murtad
> > > > > > > > > > > > Shazalina/Linda Choy
> > > > > > > > > > > > Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada
> > > > > > > > > > > > malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI
> > > > > > > > > > > > JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC.
> > > > > > > > > > > > Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk
> > > > > > > > > > > > menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia,pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.
> > > > > > > > > > > > Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar.
> > > > > > > > > > > > Boleh hubungi Ust.Zulkefli sendiri (0133998718)untuk penjelasan
> > > > > > > > > > > > lebih lanjut, pihak peguam Muslim
> > > > > > > > > > > > memberi penerangan tentang perkara ini. Sila sebarkan berita
> > > > > > > > > > > > ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius...
> > > > > > > > > > > > APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA?? KITA HANYA ADA DUA PILIHAN.... TIDAK ADA 3
> > > > > > > > > > > > ATAU 4 PILIHAN....
> > > > > > > > > > > > 1) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 ) ATAU
> > > > > > > > > > > > 2)MENYOKONG SECARA TERBUKA ATAU SECARA SENYAP Dengan tidak membuat apa-apa ATAU
> > > > > > > > > > > > 3)BERSEKONGKOL DENGAN KUMPULAN PELAMPAU INI.(nau'zubillah)
> > > > > > > > > > > > Kalau pilihan anda adalah 1, FORWARD kan mesej ini kepada sesiapa sahaja yang ada di dalam frenster anda.Kalau pilihan anda adalah 2, deletelah mesej ni atau peramkan ia di dalam mailbox anda. SEMOGA AGAMA ISLAM

Tarikh

Kumpulan 1
1hb, 10hb, 19hb, 28hb

- Sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin dan berterus terang
- Cemburu dalam pertandingan, baik hati, peramah dan bersikap menguasai
- Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan
- Seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tak pernah berada di bawah pimpinan org lain
- Bercinta dalam usia yang muda dan berkahwin pada usia yang matang
- Tidak suka pada orang yang bertentangan pendapat dengan anda
- Menyimpan dendam pada orang yang bersalah pada anda
- Kuat berbelanja
- Anda adalah profesional dalam kerjaya yang diceburi namun ada pihak yang berkecil hati dengan pencapaian anda
- Mempunyai keluarga yang bahagia
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 2
2hb, 11hb, 20hb, 29hb

- Anda disukai oleh orang ramai
- Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup
- Seorang yang sukar diramal kerana membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan
- Pentingkan diri sendiri tetap mempunyai bakat dalam melukis, seni dan komunikasi lisan
- Bersikap seperti bulan yang mendatang keredupan dan pudar, menjadikan semua orang boleh mengetahui perubahan anda
- Cinta pada keamanan
- Bertanggungjawab dalam keluarga
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 3
3hb, 12hb, 21hb, 30hb

- Seorang yang berhati keras dan pentingkan diri sendiri, kuat agama, suka mempertingkatkan kehidupan sendiri
- Pandai bercakap, wajah yang menarik
- Mempunyai pelbagai masalah tapi dapat mengharungi dengan kesabaran
- Perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan
- Menghormati orang yang lebih tua
- Sukar untuk menjalinkan hubungan samada dalam percintaan, kekeluargaan dan persahabatan
- Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan
- Suka kebebasan, pembawa harapan, kegembiraan dan keceriaan
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 4
4hb, 13hb, 22hb, 31hb

- Amat degil dan rajin
- Mungkin orang lain akan menjauhkan diri kerana kata-kata anda
- Seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain
- Berbakat dalam penyelidikan dan seni
- Suka membantu ahli keluarga dan rakan-rakan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang
- Harus berhati-hati dengan orang sekeliling kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda
- Kawan-kawan akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan menjauhkan diri apabila anda sudah tiada nilai bagi mereka
- Seorang yang sabar dan tegas
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 5
5hb, 14hb, 23hb

- Sangat popular dalam komuniti
- Boleh menyelesaikan sesuatu perkara secara lisan
- Mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan namun terlalu terburu-buru
- Seorang yang kelakar
- Tidak setia dalam hubungan percintaan
- Suka perubahan dan kebebasan
- Mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata
- Mempelajari hidup melalui pengalaman
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 6
6hb, 15hb, 24hb

- Dilahirkan untuk menikmati hidup
- Tidak peduli apa-apa perkara tetap ingin berseronok dalam hidup
- Sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan
- Bijak, baik hati dan mempunyai paras rupa yang menarik
- Semua benda yang baik akan datang kepada anda
- Mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan
- Seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 7
7hb, 16hb, 25hb

- Mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja
- Seorang yang realistik dan yakin
- Seorang yang yang lebih cenderung dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian
- Panas baran
- Banyak berkorban untuk keluarga dan meletakkan keluarga di tahap yang tinggi hingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan diri sendiri
- Dilahirkan untuk memberi sumbangan pada dunia ini
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 8
8hb, 17hb, 26hb

- Personaliti yang sangat kuat dan menarik
- Kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu benda
- Mengalami pelbagai dugaan dalam hidup tapi ini menjadikan anda lebih kuat dan tabah
- Memperjuangkan keadilan
- Kebanyakkan masa dihabiskan dengan kawan-kawan
- Berdisiplin dan tidak putus-asa serta berani
- Seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus
---------------------------------------- ----------
Kumpulan 9
9hb. 18hb, 27hb

- Sangat tabah dari segi mental dan fizikal
- Mempunyai penilaian yang sangat tajam
- Seorang yang dihormati dalam komuniti
- Seorang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan
- Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu-bapa tapi apabila usia meningkat anda seorang anak yang taat dan menghormati orang tua
- Sesuai menceburi bidang kejuruteraan dan “banking” kerana orang lain yakin dan percaya pada anda
- Model teladan pada orang lain

Memory

Saat yang tidak dapat aku lupakan masa latihan Industri, Banyak kenangan pahit manis di sini. Disini aku kenal dengan My love disini aku menimba inlu disini juga aku mendapat kawan yang bebaik sangat... Rasa sedih juga nak meninggalkan tempat ini, Walaupun tempat ini tidak setanding dengan pejabat-pejabat yang lain.

Sunday, May 27, 2007

Hey All




Ni gambar aku yang tengah boring tahap babun........Letih seharian dok baring-baring depan TV...Malam td aku siapkan report... So tak risau sangat cuma print Drawing jer heheheh

Hehehehehe



AAhhhhh..... heheh dh tgk gambar-gambar yang dihantar ni heheheh

Friday, May 25, 2007

Last

Hari ini derr apa yang menarik... Rasa nk update my blog jerr dh 2,3 hari x sempat nk update...
Semalam aku balik lewat sebab kena prepair untuk hari ini ... Meeting punya pasal aku sampai umah kol 10.30 mlm tapi x perr sebab aku dah nk last dekat office 2..

Thursday, May 24, 2007

Lirik Pilihan

Listen "Yang Tercinta"
Iwan Fals/ Opick
Album 50:50 2007

Tidurlah dalam pelukanku
Lelaplah dalam mimpi indah
Biarkanlah sejenak saja
Berlalu semua luka luka

Tenanglah tenanglah
Hapuskan semua duka derita
Tenanglah sayangku
Pasti kan ada hari yang indah

Andaikan masih ada resah
Eratkan lagi dekapanmu
Dan sekali lagi kau cobalah
Meski lelah hati yang ada

Tenanglah sabarlah
Pasti kan ada hari yang indah
Dekatlah sayangku
Hapuskan semua duka derita

Biar Kita menipu diri dengan hangatnya cinta
Oh biar Lupakan sementara semua duka terasa

Tidurlah. Tenanglah
Tidurlah. Tenanglah

Tuesday, May 22, 2007

Lawak Petang

Citer 1
3 org asli menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor
tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami
dah bertiga!!!

Citer 2
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda EX5
dan kebetulan pada jalan pulang terserempak
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan
kawannya merasakan Tok Batin hanya
mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah
kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai
gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 3 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 3
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik
ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"
kisah 4
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah
matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas
pak

arghaaaaa.......

hari entah la apa malangnya aku pagi-pagi lagi masa nk keluar dari rumah untuk ke pejabat,,, tayar motor dh pancit... so aku bawa juga ke kedai motar untuk tukar tayar baru... Bila sampai jerr kat office aku jadi bad mood sebab rasa letih sangat... tapi yang aku salah sangat pasal aku borak dgn member ni.... entahla aku aku benar2 minta maaf atas problem ni... tp aku x tanya dia sama ada dia maafkan aku kerr x ..... Tp my love pun ada problem juga dengan kawan dia.... rasanya ini memang minggu problem dgn member kot.....mula2 aku saja nk lawak2 jer dengan dia tp entahlah aku rasa bersalah sangat... so net time aku  nak borak dgn org lagi... baik aku x payah 
kenal dengan orang.... Kalau dia baca blog ini aku minta maaf sangat..... Pls jangan marah sangat yerr

Monday, May 21, 2007

Happy Monday

hari ni aku dapat call dr ejen celcom pasal kes tu... tp dia ckp aku kena follow celcom takut kes ni tak boleh settel aku takut juga.. nt dh kena black list lg susah.... ok lah nt sambung lagi

Saturday, May 19, 2007

19/05/2007

Pagi-pagi lagi dh pergi ke sekolah memandu untuk ambil ujian ... Tapi bila sampai jer kat sana kakak tu cakap tak boleh ambil lagi sebab sistem komputer kat sana rosak... Aku terus takder semangat... dengan rasa hampeh terus start motor balik rumah... Aku keluar pergi ke rumah pakcik yang takjauh dari rumah aku tu... Borak2 kejap aku balik rumah...Sampai jerr kat rumah aku terus on komputer dan buat apa yang patut... kol 1 lebih macam tu posmen hantar surat... so aku terus ambil surat tu.. 1 untuk kakak dan satu lagi untuk aku... TEgok kat depan surat tu dari Peguam dari CELCOM, aku dah agak dah ni pasal saman yang tak sangkut paut dengan aku tuu... Aku terus hangin dan aku capai handphone aku terus call celcom care line dan aku tanya pasal surat ni .. Dia check pada sistem dia kes ni dah setel, Tapi aku geram juga passal ni tak pasal-pasal mamat operator tu kena sound... Nak wat macam mana aku geram sangat pasal hal orang lain aku yang kena sape tak bengang kalu kes macam ni... So hari mood aku terus jadi x baik... Emm ni cite yang best juga la sebab my love sekarang ni tengah belajar jadi jadi photography so nanti aku boleh belajar dengan dia... Heheheh ni paling aku seronok...

Friday, May 18, 2007

Hampeh


Hari paling bosan sekali coz my pc kena virus. So habis semua data-data penting hilang .
Pasal data-data tu tak perr lg sebab boleh dapat balik, tapi yang aku x boleh terima tu pasal aku punya program yang baru beli kat dalam internet tu . Aku geram terus format. Tapi tak perr aku boleh dapat balik inshallah... Petang ni aku masuk cc sebab aku rasa boringsangat duduk kat rumah. Kalau My love ada tak perr juga boleh borak2 dengan dia. Emmm Lagi 8 hari aku dekat Office tu.. Lepas ni aku masuk office baru lerrr.... Yang paling best sebab dekat dengan My love la... boleh jumpa selalu hehehe....Tp rasanya tidak selalu boleh jumpa munkin dia sibuk atau ada hal yang lebih penting. Itu semua aku boleh terima.

Thursday, May 17, 2007

SkyWorld

blog ni aku baru bina lagi so tunggu lerr update yang baru ok

smile................

jangan hampakan harapan ku ini....aku tetap di sisimu.........

SkyWorld






Ni Picture yang paling aku suka coz cantik sangat......

Baby

Ehhh Cute Gambar Baby 2 yerrr..... heheh

Wednesday, May 16, 2007

cute



".U CANT GET THE BEST OF EVERYTHG."...

Fazli Zainal - Harapan

Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan

Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka

Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

rindu,cinta & dusta

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

Ringtones of Broery Marantika

Tuesday, May 15, 2007

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan

berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika
nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa
sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) &nbs p; Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang
berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

if only you had given me a confirmation...





sedih
biar apa sekali pun aku tetap akan kekal sebagai kawan.

Monday, May 14, 2007

Sunday, May 13, 2007

haiii Awek CC

ha..... happy sgt dapat lepak2 dengan awek semalam.... ok baik hati dia... tp aku x kesah la janji ok dgn aku ok dengan di.... heheheh ok

Saturday, May 12, 2007

Ahhhh...


Aku rasa bosan la hari ni... Aku perli buat persediaan untuk ketempat kerja baru...

Friday, May 11, 2007

boring!!!!!

Hari cuti mcm ni memang boring x derr program perr nak buat so nj pergi jalan2 pun member x derrr....fuhhhhhhhh kalau ada member kan best....

Tuesday, May 08, 2007

Hujan Air Mata

temanku

Buat temanku yg sedang bersedih
setelah kuamati luahan perasaanmu
diriku turut terasa sayu
kerana apa yg kau rasakan
seolah jiwaku yg merasakan
kita berkongsi kisah duka
walau berlainan aturan ceritanya
rasa itu tetap sama
suatu kesedihan yg berat
kita terbelenggu di dalamnya...

Kita mahu keluar dari silam
dan melupakan segala
tetapi kenangan itu tak terpadam
ia bukan seperti karya novela
yg boleh diubahsuai jalan cerita
mengikut kata hati pengarangnya...

Kita meniti perjalanan realiti
takdir Tuhan yang Maha Mengetahui
segalanya dibawah lembayungNya
kita berusaha tetapi Dia jualah yg menentukan
percayalah sayang...
apa yg berlaku ada hikmahnya
kerana Dia jualah Maha Menyayangi
takkan ditimpakan ujian kepada hambaNya
sekiranya kita tak mampu menanggungnya....

Kau berkata, sayang
tiada siapa yg tahu selama ni tentang dirimu
sebahagian kisah hidupmu adalah suatu rahsia
nasibmu yg malang hanya kau pendam
kau menangis kesedihan keseorangan
oh sayang...betapa kita ada persamaan
aku juga tak mahu orang tahu
betapa aku juga mempunyai kisah sedih
namun ketahuilah sayang
setiap insan pasti ada secebis rahsia
yg seboleh mungkin mahu dipadamkan
walau berkali-kali mencuba tidak mungkin
mustahil kita menidakkan
sesuatu yg telah terjadi....

Sayangku...
kumengerti perasaanmu
bersabarlah sayangku..
ujian itu tanda Tuhan sayang kita...
Tuhan mengasihi orang yg sabar
pasti doamu suatu hari kan terjawab
jgn kau berputus asa pada rahmat Tuhan
kepadaNya sahaja kita berserah....

Sahabatku yang sedang bersedih
sapulah air matamu yg sedang mengalir
aku begitu sayu melihatmu begitu
mahu kusapu air mata itu dari pipimu
dan memelukmu dalam dakapanku
sambil berkata "Segalanya akan baik-baik saja"
ya...harapanku ada senyuman dibibirmu
senyuman yang bukan dipaksa
tapi terbit dari hati...

Sahabatku jangan bersedih..
kuizinkan kau menabir dirimu
hakikatnya bukan kau saja
percayalah ramai lagi yg berteduh di sini
dengan identiti yg berbeza-beza
namun punya hati yg sama....

Tidak mengapa sayang
ia bukan suatu dosa
asal saja ia dapat meringankan bebananmu
itulah yg paling kudoakan
luahkan segala curahan hatimu
selagi ia terpendam di lubuk jiwa
selagi itu kutahu ia memedihkan
bagai hati kita dirobek-robek
menjadi kepingan-kepingan
yg terbang dek angin
tapi pulang kembali memakan diri...
alangkah sadisnya..
bertahan sayang..bertahan...
Tuhan mendengar rintihanmu...

Buat sahabatku yang membaca puisi ini
benarlah puisi ini dikarang khas buatmu
sekiranya kau sudah habis membacanya
ingatlah bahawa ada seseorang
yg mendoakan kebahagiaanmu
percayalah bahawa dalam dirimu ada kekuatan
kau pasti dapat bangkit semula
dan menyapu rasa sedih dan kecewa
lantas membina semangat baru
suatu kehidupan yang tenang
dan diselangi keceriaan dan tawa...

Sayangku...
Senyumlah...
kerana aku turut tersenyum
melihat kau mula mengesat airmatamu
dan menguntum senyuman.....

Aku yakin sayangku...keceriaan akan kembali semula....




'Kesedaran sekalipun hanya sesaat saja sering

SIKAP MANUSIA

Dizaman ini.....
Busuk hati memang banyak sekali!
Berkembang biak dimana-mana....

Madah cinta menjadi mundur dan lemah
Tidak lagi berkembang
Susah untuk bernafas
Terlalu kerdil dalam ketakutan!

Dizaman ini.....
Busuk hati menjadi teman manusia
Hidup berleluasa
Hiasan sanggul dikepala
Menjadi pujaan senjata kemajuan
Dengan nama kemanusian
Penuh dengan kepura-puraan!

Madah cinta sudah tidak dapat berbuat apa-apa!
Kesaorangan diri
Hidup disebalik tabir realiti.....

TENANG

sunyi..
sepi..
mendongak ku ke langit
terlihat awan yang biru
hati ini berbisik,
adakah aku seperti awan itu jua?
sentiasa biru
pabila cuaca berubah,
hatiku turut terubah?
biru itu tenang.. sejuk terasa..
terus ku berjalan tanpa
memandang langit..
terbisik hatiku,
adakah aku cukup tenang..?

Monday, May 07, 2007

Ambillah akar-akar kemelaratan dan jiwa kesabaran,
lalu campurkan dengan bubuk pikiran.
dan dicampur dengan rendah hati dan kekhusyukan, kemudian Ambillah akar-akar kemelaratan dan jiwa kesabaran,
lalu campurkan dengan bubuk pikiran.
dan dicampur dengan rendah hati dan kekhusyukan,kemudian

ditumbuk semua dalam lumpang taubat
dan dibasahi dengan air mata,
lalu ditempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah
dan dimasak dengan api tawakal kepada-Nya
Setelah itu diaduk dengan sendok istighfar
sehingga tampak taufik dan kehormatan diri.Kemudian

pindahkan ke mangkok cinta dan dinginkan dengan udara kasih sayang.sesudah itu disaring dengan saringan kesusahan
dan ditambah dengan hakikat iman


serta campurkan dengan takut kepada Allah

ditumbuk semua dalam lumpang taubat
dan dibasahi dengan air mata,
lalu ditempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah
dan dimasak dengan api tawakal kepada-Nya
Setelah itu diaduk dengan sendok istighfar
sehingga tampak taufik dan kehormatan diri.Kemudian

pindahkan ke mangkok cinta dan dinginkan dengan udara kasih sayang.sesudah itu disaring dengan saringan kesusahan
dan ditambah dengan hakikat iman


serta campurkan dengan takut kepada Allah

PECINTA MU

Aku masih disini kekasih
Telah lama kusimpan segalanya
Janji yang tak pernah kau tunaikan
Tapi aku masih setia menanti

Cintaku masih lagi disini
Masih berbunga menanti kamu
Walaupun harumnya hampir hilang
Tapiku tetap pencinta yang setia hoo...

Dan aku masih disini sayang
masih setia menanti dirimu
kerna kita benar sayang-menyayang
ku harap cintamu tak akan pudar

1
Dan aku masih menanti dirimu
masih segar menanti segalanya
jangan kau ucap selamat tinggal
akan hancur hatiku kerna kamu

Aku masih disini sayangku
Walaupun kau hilang kian lama
Telah cintaku jadi begini
Betapa aku pecinta yang setia woo...


Dan aku masih disini sayang
masih setia menanti dirimu
kerna kita benar sayang-menyayang
kernaku harap cintamu tak akan pudar

ulang 1

dengarkan kasih
laguku ini
kerna diriku
pencintamu hooo.....

Sunday, May 06, 2007

Perpisahan-Anuar Zain


Perpisahan ~ Anuar Zain

Ku mengerti.. perpisahan ini..
bukan kerana kau membenci
tapi kasih yang pernah ku beri
tiada lagi bersama

Sering kala aku terlihatkanmu
impian nan indah bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima
ditinggalkan sengsara

Keraguan ini.. bukanlah padamu
perasaan hati masih rindu
kekalutan ini hanyalah untukku
tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilangan… mu
kehilanganmu..
masih tercari-cari….

Keraguan ini .. bukanlah padamu
masih tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilanganmu…

 Perpisahan ~ Anuar Zain di Perpisahan

———————-

This song memang besh! Kalau dengar lagu nie mesti teringat citer CINTA yang besh tu. Actually, that’s the first Malay movie abad ke-21 nie yang i paling enjoy dan tengok kat wayang …hehehee… tak patriotik betul i nie..kah! kah! Pastu, baru ler i tengok CicakMan coz kepoh pasal CGI dier yang canggih tu… Now nie, i rasa nak tengok Mukhsin pulak..but citer tu pasal budak-budak, so macam tak masuk jer jiwa i…hehehe… of course ler, i dah tua, cuma jiwa jer still muda…kah! kah!

This entry was posted on Wednesday, March 7th, 2007 at 6:06 am and is filed under Lirik. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
6 Responses to “Perpisahan ~ Anuar Zain”
khai Says:
March 23rd, 2007 at 11:36 am

pe!!! sedih gila la lagu….kalau aku join nyanyi ,nak menangis..aku ni suka lagu cinta .dalam apa bahasa pun aku faham tau.sebab setiap lagu jiwang mesti ada perkataan cinta..tu la pasal aku faham..he..he..kalau nak pape.kol la.0176908920.tapi janngan la kacau saje saje..
yat Says:
March 27th, 2007 at 2:31 pm

perlukan bantuan…lagu ni mmg touching…cuma nak tanya pendapat… adakah laki ni nak mintak perpisahan dengan makwe dia walaupun dia stil ada perasaan sayang dalam hati …urgent…..
dragonfly Says:
March 27th, 2007 at 3:58 pm

in my opinion, lagu nie bkn laki tu nak minta perpisahan but that girl yg mintak clash…coz girl tu dah tak cintakan laki tu…cinta dia dah pudar, maybe dah ada yg lain…

but that girl berpisah cara baik coz dia cuma tak cinta bukan membenci lelaki tu…

so lelaki tu terpaksa terima although really frustrated…n still terkenang2 that girl coz dia masih sayang…
ekal Says:
March 27th, 2007 at 6:56 pm

kenapa seseorang yang paling kita sayangi tiba-tiba hendak meninggalkan kita?? kenapa hati seseorang boleh berubah?? segalanya kita beri.. berkorban apa saja.. tidakkah mereka ini terlalu jahat dan kejam.. memang sampai sekarang aku tak boleh terima kenyataan dia meninggalkan aku..
The One Says:
April 23rd, 2007 at 7:54 pm

well.. walau pun bercinta bagai nak rak, tetiba bangun di satu pagi, perasaan cinta tu hilang. bukan sebab benci, tapi dengan sendirinya cinta tu terus padam. so, tak kan la nak teruskan berkasih dlm kepuraa2an. so, lebih baik berpisah… mungkin ditakdirkan berjumpa dengan orang lain yg akan jadi soulmate… who knows? and in fact that’s what happened to me…~ he dumped me for my good friend. memang tonggeng la, tapi i would like to meet him now and thanking me for leaving me. kalau tak, i would never meet my soulmate.. =)
ice blenderzz Says:
May 1st, 2007 at 1:25 am

bile 1st time jewl lagu ni disiarkan, tepat pada mase tu aku kne berjauhan ngan awek aku cuz masing2 sambung blaja…. cdey x terkire…

Friday, May 04, 2007

Interview 3/5/2007






semalam aku pergi interview di syarikat di KL.... Tanpa diduga aku dapat bekerja di situ...
Aku start bekerja pada 4/6/2007 emmm ini satu tarikh yang penting bagi aku ... Aku rasa happy sangat... Semalam aku ke UIA PJ coz teman kakak aku ke sana...kalau org cakap sambil menyelam minum air... gitu la ............. datang ke PJ untuk pergi makan so dia dtg lewat sikit sebab sesat.... kita orang pergi makan2 dekat kampung baru...... kat sana best juga sebab tempat dia, makanan dia ok sangat.... emmm kat sini ada gambar aku masa dekat KLCC ni masa dah habis interview....

Tuesday, May 01, 2007

huhuhu





Assalamualaikum.... Terima kasih kerana melawat blog ini...blog ini adalah aktiviti harian saya.... Setiap aktiviti yang saya lakukan terdapat gambar2 dan juga wallpaper yg menarik....Ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dgn member-member dan org yang tersayang..... Jika anda mempunyai pandangan dan komen...anda boleh e-mail pada hisham08@gmail.com dan anda boleh komen terus dalam blog ini..jika berkesempatan saya akan balas pandangan dan komen tersebut... Saya rasa bersyukur kerana ada dikalangan pelawat sanggup membaca dan komen blog ini... Inshallah jika ada masa yg sesuai saya akan memasukan segala ilmu yg saya tahu...saya akan buat lebih baik....